Wednesday, October 3, 2012

Mencintai kerana ALLAH


Manusia memang ingin bercinta dan dicintai. Dan kerana itu Allah jadikan Hawa sebagai peneman Adam. Tapi dalam bercinta tu, kita kenalah ingat bahawa tiada CINTA yang lebih AGUNG selain cintaNYA. 


"Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan kegalauan.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan kekecewaan.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah merasakan sakit hati.

Mencintai kerana Allah itu tidak pernah menangis kerana takut kehilangan.

Mencintai kerana Allah itu mencintai dari hati karena iman bukan dari pandangan.

Mencintai kerana Allah itu ketika galau, bahawa Allah senantiasa selalu bersama kita.

Mencintai kerana Allah itu ketika kecewa, bahawa Allah selalu memberi kedamaian untuk kita.

Mencintai kerana Allah itu ketika sakit hati, 
bahawa Allah yang mampu mengubatinya dan Dia-lah sebaik baiknya penolong kita.

Mencintai kerana Allah itu tidak takut kehilangan, 
kerana Allah lebih tau mana yang termampu oleh hambanya.

Dan mencintai kerana Allah itu ketika orang yang cintainya dimiliki oleh orang lain, 
dia akan berkata "semoga kau bahagia bersamanya."

Sumber: Islam Itu Indah


Maka janganlah nak frust menonggeng sangat kalau putus CINTA, Cinta manusia hanya sementara... CINTA kerana ALLAH yang KEKAL ABADI. Pesanan buat diri sendiri juga ni. :)

3 comments: