Saturday, November 10, 2012

Dr Afifi Al Akiti | Rakyat Malaysia Pertama jadi Pensyarah Oxford


Lulusan Pondok

Siapa kata bersekolah pondok tidak boleh berjaya?

Inilah dia hasil didikan dengan ilmu Allah.... Dr Afifi Al Akiti.

Dr Afifi Al Akiti menjadi pensyarah di Universiti Oxford pada usia 34 tahun. Beliau anak melayu pertama yang menjadi pensyarah di Universiti Oxford.

Latar belakang beliau dari pendidikan asas di Selangor seterusnya ke sekolah pondok di Indonesia, Maghribi dan Syria.

Beliau juga dilantik menjadi imam di Ireland. Meraih ijazah pertama dalam Bidang Falsafah Nasrani.

Beliau juga mampu menguasai 7 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Perancis, Latin, Arab, Inggeris, Jerman, Yunani.

Hebat betul! Mengkagumkan, bukan? Alhamdulillah, inilah contoh yang kita mahu. So, adik2 di luar sana. Jadikan si dia ni idola anda.


❤Semoga anak-anakku dapat jadikan ini sebagai contoh. Semoga anak-anakku  juga keturunan generasi akan datang akan lebih berjaya bukan sahaja berjaya di dunia, malah berjaya juga diakhirat. Jangan mudah putus asa. Jadilah terbaik untuk penilaian Allah yang Maha Esa. Aamiin

No comments:

Post a Comment