Sunday, December 15, 2013

The Heirs or The Inheritors sama je

Assalammualaikum...

Skang CiKema dok melayan cite Korea The Inheritors kat SOne. Mesti antara korang yang dah tau kan. Kalau bebudak baru nak naik mau angau jadinya dok melayan cerita tu. Al-maklumlah cerita bebudak remaja kan. CiKema yang remaja terlebih umuq ni pun dok layan sama. Apekah?

Park Shin Hye dan Lee Min Ho

Cerita ni lakonan utama  Lee Min-ho dan juga Park Shin-hye. Pelakon-pelakon lain yang turut berlakon dalam drama ni antaranya Kim Woo-bin, Choi Jin-hyuk, Krystal Jung, Kim Ji-won, Kang Min-hyuk, Kang Ha-neul, Park Hyung-sik dan ramai lagilah. Boleh dikatakan mereka tu fofularlah di Korea tu cuma CiKema je tak kenal diorang. Hohoho

Drama ni macam kisah antara dua darjat le juga kan. Le Min Ho sebagai Kim Tan anak orang kaya dan Park Shin Hye pula sebagai Cha Eun Sang anak pembantu rumah Kim Tan. Perkenalan diorang sebenarnya secara tak sengaja masa Eun Sang gi US cari kakak dia. Entah macam mana dia bole pula terjumpa kat Korea. tempat keje mak dia pulak tu. Haiyaaa... nak dijadikan cerita le kan...


Layan OST dia pun beshhh...

Eh...cerita lebih2 kang jadi tak syiok plak. Tengok sendiri dan nilai sendirilah yer. yang pasti CiKema dah suka n terkenan ngan Kim Tan tu. akekeke...

Thursday, October 31, 2013

Candy Crush Addicted

Assalammualaikum....

Wokey ngaku cepat sape kat sini memang dah giler addict ngan Candy Crush Saga (CCS) ni? Tak terkecuali si tukang buat entry ni...huhu

Giler Candy Crush

Siang malam dok termimpi2 main Candy Crush ni. Tak cukup kat PC...henpon main lagi. Bila nyawa dah abis, ask ur friend minta nyawa...kehkeh...

siap buat kek besday lagi

Dalam dok aktif main tu, jangan le pulak kite lupa pada tanggungjawap as hamba ALLAH yer. Main tu biarlah berpada-pada. Ingatan buat diri sendiri juga ni. Jangan asyik lagho n alpha je...

seluar pun ade


Nails design pun ade, Muslim not allowed to do it ok!

Nanti klau sape2 nak minta nyawa, PM ajelah CiKema yer. Hehehe

Wednesday, October 30, 2013

Arak kat Malaysia ---- Apa kita nak jawab dgn Allah nanti???

Assalammualaikum semua
Hari ni CiKema nak share video kat bawah ni. Kalau tengok tajuk dah tau lah kan. Agak2 korang lah... macam mana nak jawab dengan Allah nanti? Dah terang dan jelas Arak tu haram. Tapi kat Malaysia ade kilang arak le pulak kan. Adekah kite akan dapat share sama? Nauzubillah...



Rasa cam nak hanto surat kat Yang Di Pertuan Agong, Sultan Selangor, PM dan sewaktu dengannya je. Dalam hati siap berdoa suatu hari kilang tu kena bom ke kena petir ke, dah tak de rasa bersalah kan... boleh gitu... hehe

Thursday, October 24, 2013

Bunuh sana sini



Assalammualaikum semua...

Hai tak tau le ape nak jadi dengan negara kita ni yang dok dicanang2kan sebagai Malaysia Masih Aman oleh golongan tertentu tuuuu. Dalam masa 2-3 hari ni asyik citer bunuh-bunuh je. Hai nak ganti nama tempat Bunohan tu ke?

Semalam CiKema baru je tau cite pasal pegawai bank kena tembak dek pok guard bank tu sendiri. Hari ni cite orang mengamuk pulak... Hai nyawa tu diorang boleh buat main-main je ek. Boleh suka-suka hati je nak ambil. Macam sembelih ayam je.

sedih CiKema tengok
Berat mata yang memandang berat lagi orang mengalaminya sendiri. Kesian pada keluarga mangsa yang tak bersalah tu. Mungkin mereka berada di tempat yang salah, pada waktu yang salah dan terjumpa dengan orang yang salah. Itulah takdir Allah kan. Dia dah tentukan segala-galanya bagaimana kematian setiap makhluknya. Sesungguhnya mati itu sangat dekat.

Dua maut, dua cedera ditikam lelaki di stesen LRT Gombak dan LRT Taman Melati
2013/10/24 - 13:47:15 PM 
 
Kuala Lumpur: Dua maut manakala dua cedera ditikam seorang lelaki dipercayai mengalami tekanan jiwa dalam dua kejadian berasingan berhampiran LRT Gombak dan LRT Taman Melati. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.20 pagi tadi, dua wanita berusia 60 dan 40 tahun iaitu pemilik dan pekerja kedai runcit ditikam suspek berusia 26 tahun yang juga penghantar rokok. 
Selepas kejadian itu, suspek memandu van rokok berkenaan melarikan diri ke LRT Taman Melati lalu melanggar sebuah van membawa mineral. 

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek keluar lalu menikam pemandu van berkenaan sebanyak tiga tikaman dan maut di lokasi kejadian. 

"Suspek larikan diri pula ke Jalan Tumbuhan kira-kira 200 meter dari lokasi itu dan melanggar sebuah kereta jenis Toyota Prius dipandu remaja lelaki. 

"Suspek itu kemudian keluar dan menikam pula pemandu kereta terbabit yang turut maut di tempat kejadian," katanya ketika ditemui dilokasi kejadian. 

Khairi berkata, orang ramai yang menyedari kejadian itu berusaha menahan suspek menyebabkan berlaku pergelutan dan merampas pisau rambo yang digunakan suspek.
gambar kat LRT kejadian amuk
Kejadian orang mengamuk tu boleh baca kat LINK NI

Apakah kerana tekanan mental atau tekanan hidup punca kejadian sebegini? Pucuk pangkalnya bila IMAN tiada dalam jiwa. Maka kewarasan tidak dapat di kawal dan terjadilah kejadian seumpama ini. Diharap kita sentiasa mencari IMAN di dalam dada agar kita sentiasa ingat Allah. In Sha Allah...

Al-Fatihah buat arwah dan mangsa. Takziah pada keluarga mangsa yang terlibat.

Friday, October 18, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia edisi terlambat sudah...

Assalammualaikum...

Hehehe baru nengok cite Saya Sebenarnya Isteri Dia (SSIDia) ni.  Lakonan terbaik Tizz Zaqyah dan Izzue Islam. Trus ahkak jatuh cintan dek non... Masa tayang kat tv bulan Jun ritu CiKema tak tau n tak tengok pun. tu yang buat marathon SSIDia dari Episod 1 hingga 13 dalam 24 jam. Hahaha


Suka ngan lakonan both pendokong watak utama Tizz Zaqyah n Izzue Islam. Sangat real n tak macam berlakon. Ah Kak suka3...sukeeee sangat.

Tizz Zaqyah memang selalu dapat watak isteri yang pada mulanya tak diingini tapi last2 suami suka. Ade 3 drama yang CiKema pasan iaitu Nur Kasih, Saya Sebenarnya Isteri Dia dan juga Jodoh Itu Milik Kita. Si izzue Islam ni pula CiKema tak kenal pun. Pernah dengar nama dia naik pun sebab drama SSIDia ni kot. Lagi satu dia penyanyi dalam kumpulan ForTEEN kan. Tau-tau je dah kawin ngan Awin Nurin. Wanita yang lebih berusia 8 tahun dari dia. Tapi Awin nampak muda je kan... Aik...macam dalam drama SSIDia le pulak kan. Ala-ala kisah diorang kot or sekadar kebetulan... WaAllahualam.
Photo: r i n d u k a u s a n g a t  @awinnurin
Izzue n his wife Awin Nurin
Culik pic kat page Izzue Islam
Korang yang tak tengok lagi, meh tengok kat sini. CiKema bagi link je la...

Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 1
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 2
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 3
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 4
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 5
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 6
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 7
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 8
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 9
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 10
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 11
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 12
Sebenarnya Saya Isteri Dia Episod 13

Sebenarnya Saya Isteri Dia! Full Episode
Episod 1    Episod 2     Episod 3    Episod 4    Episod 5    Episod 6    Episod 7
Episod 8    Episod 9     Episod 10  Episod 11  Episod 12  Episod 13

CiKema tak pernah baca novel tu, tapi akan baca kat Penulisan2u Saya Sebenarnya Isteri Dia dulu then maybe akan beli novel tu juga kot. Dalam drama ngan novel kompem lain cara penyampaiannye kan. So tak sabar plak nak baca novel...ngeh ngeh

Feeling pasan zaman muda remaja gitu. :P

Thursday, October 17, 2013

Berkorban Raya tahun ini



Assalammualaikum

Alhamdulillah..tahun ni en.Pejal buat korban. Tertunai juga hasrat untuk buat korban walaupun 1 bahagian. Janji ado... tu pun ingatkan dah tak dapat. Last minute baru nak pi tanya kan... nasib baik lah ade lagi lembu punya bahagian. Dah rezeki kami agaknya... Syukur..

Pagi2 raya, CiKema buatkan rendang instant. Kalau nak diikutkan nak membuat rendang ala-ala mak CiKema. Permintaan Kakak, tapi dek kerana tak berapa cukup bahan-bahan dan membeli belah di malam raya yang sudah pastinya stok tak berapa nak ada maka jadilah rendang CiKema bercampur dengan rendang pek instant yang ado di pasaran. Itu pun nasib juga ade ayam nak dibuat rendang, kalau tidak...selamat lah kan..tak jadi merendang CiKema raya korban ni.

1st time beraya kat rumah sendiri. Kebiasaannya akan ke rumah mak or ibu mertuaku untuk celebrate raya. Tapi kali ni, cuti en. Pejal pun sehari... anak-anak sekolah pun cuti sehari juga. Punya kedekut cuti...huhu... Nak buat macam mana, bila lebih mengutamakan duniawi dari akhirat. Agak je tu...andaian CiKema semata-mata. Frust tak dapat beraya kat umah mak maybe. Mak pun ade tanya, balik raya ke dak. Mak buat korban 1 bahagian juga kat depan rumah. Macam seronok je, tapi buat hari rabulah. Anak dah sekolah maka tak dapeklah den ke rumah omak. Sedeyyy...

Okey dah siap masak semua, anak-anak ngan en.Pejal sempat solat raya. CiKema sempat dengar khutbah raya je. Terkilan juga sebabkan lambat bersiap tak dapat solat raya which is sejak CiKema baligh tak pernah lagi bersolat sunat raya. Huhu...
Photo: Eid-Mubarak!
tunjuk kuku kaki jelah..yang lain dah selamat di sedekahkan dan juga dimasak untuk makan beramai-ramai bersama jiran tetangga yang bergotong-royong menyempurnakan korban pada Raya kali ini
Pas settle solat, balik umah makan rendang ngan nasi impit yang sempat CiKema masak malam raya. Kehkeh... Sebelum ke surau untuk upacara menyembelih lombu, sempat jiran depan ajak datang beraya kat umah. Segan plak, sebab CiKema tak buat apa-apa sangat kalau nak ngajak menjamu datang ke rumah. Aci tak kalau goreng nuget je. Kesian kan, tak pernah reti nak bersosial di ari raya untuk mengajak jiran tetangga datang beraya kat umah sejak dok kat Puchong ni. Kalau ajak pun, kenalan kami dan keluarga terdekat je. Maybe yang tu yang tak berasa segan kan.

Dah beraya, kami ke surau nengok lembu. Tengok-tengok lombu yang ade bahagian kami dah selamat dikorban kan, tapi masih ade nyawa-nyawa ikan lombu...sesuai ke? Kebetulan masa tu nak mengorbankan lombu yang ke tiga. Sempatlah nengok.

Okey.. lama sangat dah tak tengok lembu disembelih depan mata. Kalau kecik-kecik dulu memang selalu tengok kat kampung. Kecik tak kecik jugalah lebih lah 20 tahun kan. So ini, kali pertama sejak kawin dan beranak empat gitu. Then snap2 juga time melapah lembu. Ramai juga yang pertama kali nak belajar melapah. En. Pejal antaranya, belajarlah mereka bersama-sama. Seronok...

Kami kaum ibu-ibu ni pula, menolong memotong apa yang patut untuk persediaan memasak untuk gotong royong kali ni. Bila cik Kiah dah berkumpul, macam-macam lah cerita. Seronok join membantu... sebab CiKema ni, kureng juga bersosial ngan jiran2 kat sini. Maka, inilah waktunya nak berkenal-kenalan dan mana-mana yang dah kenal nak bagi lekat pula dalam ingatan nama-nama diorang. Gila teruk punya ingatan dan communication skill... al maklumlah, ah kak ni low profile...muahahaha

Dah solat Zohor, kerja pun dah settle... kami balik le ke rumah dulu berehat. Nak menunggu kan juadah yang disediakan tentulah ambil masa. So kite lelapkan mate dulu di rumah. Usai solat Asar, en. Pejal dapatlah menapaw kari daging dan juga sup tulang. Bawa ke rumah abang ipar sebab ibu mertuaku dah ade kat sana. Juadah itu kami kongsikan bersama-sama dan memang sedap bila dapat makan daging fresh tambah-tambah daging korban ni. Hingga menjilat jari... yum..yum.. Seeedaaappp..

Okey, raya korban tahun ini seronok juga bila kita buat korban dan dapat berkumpul dengan jiran tetangga. Walaupun cuti sehari, tapi hikmahNya sangat bererti pada kami sekeluarga. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua. :)

BenCInta macam tiru cite Enough je



Assalammualaikum...
Hehe...kontroversi tak tajuk entry kali ni? Kalau tau dek pelakon filem BenCinta dan kaum kerabat yang terbabit dalam filem ni, agak-agak apalah yang diorang akan buat pada CiKema yer. Jangan saman ah kak ek... Ini sekadar pendapat dan juga apa yang CiKema nampak dan tengok je.
Ambil pic ni kat SINI

Sebenarnya... sekarang ni CiKema tengah tengok the making of BenCinta. Lakonan Farid Kamil dan Nora Danish. Bila di amati, macam pernah tengok je cerita ala-ala cengini. Seingat CiKema pelakon utama cite yang CiKema tengok tu cite omputih la kan... pelakon dia adalah Jennifer Lopez. So googling le kan..maklumat dihujung jari je...

Wokey, cari je Jennifer Lopez bukan cik Kuih Lapis yer. Maka kluarlah beberapa maklumat tentang J. Lo ni termasuklah filem lakonannya. Dia kan fames ngan menyanyi kan tapi dia pun boleh berlakon juga. So...bile tengok2.. okey dah nampak.. Cite BenCinta ni sama dan macam serupa dengan cerita Enough.
tanya kat en.wiki pasal ENOUGH ni yer

CiKema tak taulah jalan cerita keseluruhan cerita ni macam mana, kalau nak tengok kat panggung rasanya tak la kan. Tapi kalau dapat tiket FREE pergi je... hehe... So tunggu ajelah 4-6 bulan nanti kuarlah kat Astro Mustika ke, Citra ke or maybe tunggu tahun baru punya movie kuar kat tv ajelah. Kejap je cite-cite melayu ni kuar kat panggung, pas tu nanti mesti kuar juga kat tv. So sedar tak sedar...timbul je kat tv nanti.

Nak ulas panjang-panjang pun tak tau, kalau nak tengok cite BenCinta tu boleh nengok je kat panggung wayang. Sebab dah tayang pun since 26 September yang lalu. Kalau korang penyokong fanatik filem tanahair, segeralah ke panggung yang terdekat ye. Ala...terjah je mana2 yang sempat. Kalau dah suka kan... hehe

Itu aje. Sekian..

Thursday, September 26, 2013

O Kayla



Assalammualaikum...

Penantian satu penyiksaan. Tapi kalau bab menunggu anak yang bakal lahir tak patutlah guna ungkapan tu kan. Semua yang berlaku ade hikmah dariNYA. Due sekian-sekian haribulan tup-tup keluarnya hari lain.

Hari tu CiKema ade cerita pasal gi membuntangkan diri kat Aroma Ikan Bakar tu dok melayankan si mak buyong kan... Ha dah lahir pun permata hati yang kedua bagi my brother in law tu. Duenya 9 September 2013, tapi baby memang sayangkan bondanya...dah masuk spital 2-3 hari... dah guna induce... dah masuk ape kebenda tuk bukakan pintu rahim tu CiKema lupa/tak ingat namanya tu pun... dia tak mo keluar.

Naik stress bondanya. Macam CiKema juga sebelum ni. Stress juga bila baby over due 10 hari... konon-konon nak sama besday tapi idak le keluarnya pun. Back tu my biras... last-last dia minta czer jelah. Senang skit keje. Huhu

Elda Rahman's photo.
Amboi Kayla...dah motak n pandai senyum dah dia. Ala Tomei..tomei..Hehe

Maka lahirlah bayi yang diberi nama Nour'le Kayla Firell. Alhamdulillah... Selamat semuanya. Skang tengah berpantang kat Penang. Cucu my ibu mertua yang ke 13, lahir pun hari Jumaat 13.9.13. Ni pun tarikh yang tok uda dia dok sebut-sebut. Jadi kenyataan pulak kan. Tak sempat nak tunggu hari Malaysia... kalau lahir hari Malaysia, tiap-tiap tahun cuti on ur birthday kan...

O Kaylaa... Mak Usu dan keluarga mendoakan Kayla jadi anak yang solehah ye. Semoga dengan kelahiran Kayla akan bertambah lagi kebahagian kedua ayahanda dan bonda Kayla juga kak Lana. Tak lupa juga semua keluarga puan Mazenah Mahat, ibu mertuaku. Aamiin

Wednesday, September 25, 2013

Listen!!! Saya Bukan BODOH by Aisya Mat Yo

Assalammualaikum semua...

Tentu semua dah dengar atau dah tau kisah sang isteri pada pemain bola terkenal Mat Yo kan. Video yang di'upload' sendiri untuk tatapan semua, kononnya nak menegakkan keadilan akhiranya membawa padah pada diri sendiri. Bukan apa, dari pada pemerhatian CiKema sendiri pun, memang tak wajar perkara sedemikian berlaku. Pas tu pi pulak upload nak tunjuk kat 1 Malaysia yang awak tu tak bodoh. Sebab ayat tu yang dok diulang-ulangnya... Saya Bukan Bodoh beberapa kali. Tapi... nampak sangat ade yang tak berapa cerdik kat situ...huhuhu

Meh nengok video tu.



So apa pandangan korang plak? Kesian pakcik guard tu kan. Dia hanya menjalankan tugas dia. Tapi kalau diprovoke mau tak hangin kan. Tu nampak cam pakcik tu nak kasi pelempang. Tak tau la cam ne nak cakap. Kalau pakcik guard tu ayah koranglah... apalah yang korang akan buat disebabkan kebiadapan orang-orang yang akalnya 1 nafsunya 9 ni.

CiKema jadi pelik gak, si Mat Yo tu boleh plak dia biarkan je. Kompius ngan orang lelaki yang akalnya 9 nafsunya 1 ni tapi tak buat apa-apa. Kot ye pun, cubalah elakkan pergaduhan berlaku. Tambah-tambah kita sebagai orang Islam kan. Inikan pula bergaduh ngan orang tua plak tu. Hai...kesabaran betul daku menengokkannye.

isteri-mat-yo
Cantik je orangnya tapi...
Amik gambar kat SINI

Teringat le pula arwah bapak CiKema bila nengokkan pakcik guard ni. Diorang suami isteri tak de rasa apa-apa ke? Diorang takde ayah ke? Hormatlah skit...

Sebagai perempuan yang penuh dengan kelembutan, yang punya kasih sayang patutnya bukan ini perlakuannya. Andai dia minta maaf je dan terus beredar dari situ. Dah tak jadi isu kan...kan.. APTB :P

Sunday, September 8, 2013

Makan-makan sampai buntang di Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram

Assalammualaikum...

Hari ni CiKema ngan famili adik beradik suamiku en. Pejal gi makan-makan sampai buntang kat Aroma Ikan Bakar, Pantai Jeram Kuala Selangor. Ini kali pertama CiKema dan famili kecik kami sampai. Melayankan orang yang nak bersalin Isnin ni mengidam. Nanti dah berpantang, tak dapat makan ikan bakar dan makanan laut yang sedap-sedap plak kan. Sian mak buyong si birasku. Hehe

Diorang dah 2-3 kali datang situ. So memang takde hal punyalah nak mengorder makanan dengan menu yang sodap hingga menjilat jari-jariku, cari tempat plus view kat situ yang boleh tahanlah cantiknya siap mengadap laut lagi.

pinjam kat SINI






 Pantai Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Opening Hours: 4.00 pm to 12.00am, 
Closed on Monday once every two weeks. 
For reservation :Tel. Number: 017-316 3117/019-2084452 
 
Tempat dia memang dekat sangat ngan pantai, bayu laut bukan sepoi-sepoi bahasa dah masa kami sampai tu. Boleh tahan kuat jugalah, maybe masa tu cuaca macam nak hujan. Memang nampak ombak tinggi jugalahkan. Air laut menghempas batu-batu yang ado di situ. Anak-anak semua memang syiok layan suasana dan keadaan di situ.

Service restoran tu memang tip toplah...kejap je makanan dah siap. Tak sempat panas bontot menunggu kat situ. Mungkin juga orang belum ramai time tu, so chef-chef memang sekejap jela memasak. Kami pun tak sempat sangat nak melayan suasana dan panorama di tepian pantai time tu. Kalau makanan dah sampai, tak boleh nak buat pe..Memang  tak boleh tahannn... ngap-ngap le...memang tak pandang dah kiri kanan. Tapi ibu mertuaku lalu nampak je, sebab ibu yang nampak sibuk mengagihkan makanan yang ado kat anak cucu dan menantu. Hehe

Sori tak de picca...kamera henpon tak beroperasi time tu. Sibuk ngap-ngap...ade ikan pari dan ikan ??? (xsempat ku ingat namanya) bakar, udang n sotong goreng tepung, ketam sambal, ikan keli masak asam pedas, ikan kerapu sweet sour n sayur kangkung goreng belacan. Air sampai 3 jug..air kelapa, tembikai 2 jug dan kendian datang pula air sirap. Memang minum sampai lobamlah...

CiKema kalau makan, memang kalau boleh nak kasi licin. Sian kat makanan yang ado jika tak dihabiskan. Tapi entah macam mana hari ni...tang makan ikan, ketam, sotong, udang bagai tu memang boleh telan. Sedap semuanya...tang air tu yang tak boleh tahan. Bila perut dah penuh ngan makanan..pas tu gi minum lagi bercawan-cawan air..dekat 3-4 kali kot. Maunya tak termuntah...

1st time in my life makan banyak sangat sampai termuntah. Padan ngan muka kan...En. Pejal pun dah cakap, kalau tak larat..jangan dipaksa-paksa...biar makanan tak habis, asalkan tak memudaratkan kita. Tu lepas muntah lah baru cakap kan. Memang tak leh nak buat pe. Nasib tak muntah depan-depan orang ramai tu. Mau tak lalu makan semua kang..

Berlari juga ke tandas, tapi tak sompek...terbuuuweeekkk gak kat tengah jalan. Then laju je terus ke tandas.. buek-buek tak de apa-apa yang berlaku. Ngeh..ngeh...then bersihkan segala muntah yang terkono kat tudung dan niqab. Nasib tak kuar banyak or semua yang dimakan tadi. Kuar yang last-last makan ratah ikan kerapu je. Kalau tak rugi je ibu mertuaku belanja makan kat situ. Huhu haru..haru...

Ok...jadikan pengajaran pas ni. Makan kena beringat pada orang yang tak dapat makan sama. Berhenti sebelum kenyang. Kalau dah buntang cam CiKema tu...angin bergejolak dalam perut semua...uweeekk uweekkk le pulak kan. Sori tu bukan mengandung tau...tu memang muntah sebab makan ter'ober'. Macam boleh simpan stok seminggu je kan. Jangan diikutkan hati dan hasutan syaitan lagi akan datang...pui..pui...pergi kau jauh2 setaannn...

Okey..datang sama-sama tapi balik tak sama. Singgah masjid baru dekat ngan simpang ke Aroma Ikan Bakar tu dulu untuk solat maghrib. Usai solat baru gerak balik. Redah kasi pecah je... Tak tau jalan pun...agak-agak je..janji sampai ke rumah. Alhamdulillah...

Kenyang lagi ni..tapi masih teringat-ingat kesedapan pelbagai jenis makanan yang di adap tadi. Rasa cam tak puas je... Eh tengok tu...tak padan ngan muntah, nak makan jeee korejenye yerr...

Dah. Tu je...nanti ade gambo CiKema letak kat post baru. Haha..

Pelakon Maimon Mutalib meninggal dunia | Al-Fatihah



Assalammualaikum...

En. Pejal bagitau tadi, Pelakon Maimon Mutalib telah meninggal dunia semalam. Memang tak kenal klau cakap nama je. Tapi pelakon veteran Maimon Mutalib ni memang biasa kita nampak. Biasa berlakun jadi mak-mak la kan. Filem yang CiKema ingat, dia jadi nenek dalam cita 'hantu dalam botol kicap' tu. Ingat tak? Kalau tak... Meh tengok gambar ni...

Beliau disahkan menghidap sakit kanser tahap 4 tahun lepas. Meninggal dirumahnya dalam pukul 2.20 ptg tadi di seksyen 17, Shah Alam setelah dibenarkan keluar dari PPUM baru-baru ini. 

Pelakon drama dan filem terkenal itu meninggalkan lima orang anak, Kamarul Syahid Keristifa, 34, Surayatul Nadia Keristifa, 32, Surayatul Natasya Keristifa, 25, serta sepasang kembar Abdul Rahman Haji Keristifa dan Abdul Rahman Haj Keristifa, 16.

Semoga arwah ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman. Al-Fatihah.
antara babak dalam filem lakonannya


Apa yang paling hampir dengan kita adalah kematian... Memang mati tu sangat dekat kan. Memang tak dijangka bila kita akan dicabut nyawa. Moga-moga kematian kita nanti , In Sha Allah tergolong dalam kematian husnul khotimah ( akhir hayat yang baik ). Aamin


Sunday, September 1, 2013

KL Gangster 2 | Jaga2 Syamsul dah tau

Assalammualaikum

Sejak dua menjak ni kecoh dah kat FB rata-rata meng'update' status dah nengok citer KL Gangster 2. Wah...masing2 advance ke depan yer.. Movie tak kuar kat panggung tapi ramai yang dah tengok FREE kat intenet nih. Siapa punya keje lah agaknye? Bukan main berani dia meng'upload' filem KL Gangster 2 ni. Kebal sungguh si dia itu...

Apa lagi...bila dah boleh tengok FREE, ramailah yang pakat-pakat meng'download' filem KLG2 ni. Menda FREE kan mana taknye orang berebut-rebut. Masing-masing ambil kesempatan sebelum kena block link tu.

Jaga-jaga dia dah tau..

CiKema dah tengok ke cite tu? Idoknye punnn... CiKema masih belum berkesempatan menonton KLG2 tu. Sian kat Syamsul Yusof tu...dia penat2 buat filem, perah otak bikin skrip...berlakon..mengarah bagai...ade pulak petualang yang buat hal. Belum buat promosi secara besar-besaran untuk filem ni, tup...tup...dah boleh tengok FREE. Naya je kan..kan..

Kesian tuuu...huhu. Bagi CiKema setiap yang berlaku pasti Ade hikmahnya. Kalau filem bagus...mesti ramai yang akan ke panggung juga nanti. Dengar cite, ramai yang memberikan feedback yang sangat baik dengan filem ni. So..apa lagi Syamsul, jangan dok perap lama-lamalah filem KLG2 tu. Cepat2lah tayang yer...In Sha Allah, meletops lagi kali ni.

CiKema xtgk lagi tp husben dah download. Hehe

Tuesday, August 6, 2013

Iqra' = Bacalah

Assalamualaikum...
CiKema sangat kagum dengan anak kecil ini dapat menghafaz surah yang agak panjang dalam Al-Quran. Tabik dengan ibu bapanya. Kalau boleh nak cedok ilmu mereka mendidik anak-anak tahfiz ni.



CiKema dan suami baru start sebulan dua ni soh anak-anak menghafaz surah-surah dalam juz Amma. Juzuk 30 kan surah pendek-pendek. Mulakan dengan surah pendek dulu. In Sha Allah, bila dah biasa dengan ayat-ayat dalam Al-Quran...senang skit nak menghafaz surah-surah yang panjang pula.

Semoga Allah memberikan nur hidayahNya pada kami, anak-anak kami dan generasi akan datang kami dengan sentiasa mengingatiMu Ya Allah. Perelokkanlah kami agar kami dapat dan sentiasa di bawah lindunganMu Ya Allah. Agar kami sentiasa berada di jalanMu untuk menuju ke syurgaMu yang abadi. Aamiin

Thursday, August 1, 2013

KAKAK...SAYA NAK SEGELAS AIR KOSONG...BOLEH

Assalammualaikum...
Kisah di bawah ni bisa membuatkan CiKema bergenang air mata. Entahlah... cubalah korang baca..

 

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia sudah berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.
“Kakak, saya nak segelas air kosong...boleh?"
Direnungkan wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu.
“Tunggu sebentar ya,” Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.
“Berapa ya saya berhutang dengan kakak?” katanya sambil menyeluk saku poketnya.
“Tak perlu bayar.”
“Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran.”
“Kalau begitu bayarlah dengan ucapan
"ALHAMDULILAH" dan terima kasih.”
“Okey, ALHAMDULILAH. Terima kasih kakak”
Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang.
Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.
Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit yang serius. Dia telah dirawat di sebuah hospital di bandar tersebut, dengan dibawah pengawasan oleh seorang doktor pakar.
Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun dia sudah berusia.
Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.
“Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu. Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.”

MORAL OF THE STORY...
Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan ALLAH SWT sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

via Pakar diari hati
Islam Itu Indah

 Semoga kita sentiasa beramal tak kira sekecil mana skalipun, In Sha Allah pasti Allah akan membalasnya. :)

Wednesday, July 31, 2013

Baju Raya punya kisah

assalammualaikum...
Cuba baca cerita kat bawah ni.

dari FB Saya Benci Harga Barang Naik!
So? Apa pendapat korang? macam-macam cerita kan. Kot ye pun, tak dapat baju raya jangan lah sampai mengamuk cengitu sekali. Nasib baiklah suami tu cedera je, kalau terbabas meroyan terlebih ke sampai tersungkur tak bernyawa kang nayaaa je udah jadi kes lain pulak. Bulan puasa ni bawak-bawak la banyak bersabar ye. Memang banyak ujian...sebab Allah nak tahu tahap mana iman kita.

Semoga kita sentiasa perbaiki IMAN kita setiap hari. Aamiin :)






Tuesday, July 30, 2013

Hang Biaq Betoi...hehehe

Assalammualaikum..
pagi2 ni buat CiKema tergelak sat.
Nak tau ape dia?
Moh tengok gambar bawah ni.



Boleh gitu? Hahaha... Ditambah lagi dengan gambar-gambar ini

MuHd AfIq's photo.

 dan ini 

Jannatul Firdaus's photo.

Bila orang tegur, jangan cepat melatah dan jangan tetiba je nak marah2 sangat kat orang yang menegur tu jika dia tegur dengan baik. Memang kubur kita lain-lain tapi ketahuilah, yang nak menguruskan kita si bakal jenazah ni siapa nanti? Harap kita sentiasa menerima teguran yang baik untuk menjadi lebih baik hingga ke Jannah nanti. In Sha Allah. Aamiin :)

Tawaf bertingkat

Assalammualaikum...

Sekejap je dah sampai ke 10 malam terakhir. Diharap amalan yang dibuat pada tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Kita pun tak tahu, samada masih ada hayat kita untuk Ramadhan akan datang. :( Semoga Allah panjangkan umur kita. In Sha Allah.

Selalu kalau buka tv Al-Hijrah masa nak tunggu waktu berbuka tu, diorang akan tunjuk orang dok tawaf kat Masjidil Haram. Sekarang dah siap tempat tawaf tu tau. Kalau nak tawaf la ni dah tak payah jauh berjalan. Dah semakin dekat dan mudah untuk orang yang kurang sihat tu kan. Alhamdulillah, banyak dah pembinaan dan pembaikan untuk jemaah yang datang ke rumah Allah ni.



Kita ketahui serba sedikit cerita pembinaan tempat tawaf tu dulu ek.



Bilalah CiKema dapat menjejakkan kaki ke sana. Doa2kan lah ye, Semoga CiKema dan keluarga terutamanya my lovely husben en.Pejal dapat menunaikan haji atau umrah di waktu usia kami masih muda dan bertenaga ni. Aamin.. :)

Saturday, July 13, 2013

Anak-anak di surau...

Assalammualaikum...
sajo nak membebel ari ni. CiKema gi solat terawih di surau semalam. tak tau nape tah, mood agak tak betul ke. Salah CiKema ke, salah orang lain... entahlah. Apa yang pasti, CiKema agak tak puas hati juga laaa.

Kalau boleh kita ni nak ke surau/masjid... mestilah nak buat ibadat dan kumpul banyak pahala kan. Tambah-tambah bulan yang penuh keberkatan Bulan Ramadhan ni. Bila pergi surau time Isyak tu, memang kagumlah kan.. ramai orang sekarang ni. Ayah Ibu ramai yang join untuk merebut peluang mengumpul pahala sunat yang berganda-ganda kan... Tapi yang tak bestnye si anak-anak ni laaa pulak buat hal....

CiKema tau diorang ni budak-budak lagi... umur pun belum baligh. Kalau datang ke surau sekadar nak bermain je pun buat pe. Bukan stakat main dan buat bising...boleh plak tu berlari berkejaran... lupakan segala duka... aceceh... zaman kanak-kanak memang zaman paling indah kan. Aduhaii...tolonglah...

Nasib baiklah anak-anak CiKema tak join sama. Kalau ado skali semalam tu...dah lama CiKema piat telinga masing-masing. Dah soh diam...dah soh gi kat tempat solat... boleh diorang buat derkk je. Memang bikin panas je... grrrr...

Apa agaknye nak buek ngan sebilangan anak-anak yang macam ni? Kesian pada yang betul=betul nak solat tu. Asyik kena kaco je. Orang bagi taskirah tak mo dengar... solat apatah lagi... Cam no tu? Haruskah mereka ni dibiarkan? Dalam hati ada taman. Rasa macam nak tangan-tangankan je..hehe anak orang tu..macamlah berani sangat kan. :P

Mungkin video ni boleh dijadikan panduan.. :)



yang ni pun boleh juga... :)

 
Apa yang boleh CiKema buat adalah tegur-tegurkan je sambil-sambil tu berdoa untuk kebaikan diorang. Jangan sampai menyusahkan mak ayah esok2 sudah laaa. Harap bebudak tu semua boleh diperbetulkan lagi. Aamiin

Anak-anak CiKema pun kalau dibiarkan sama je. kena selalu tegur.. kena rajin perhatikan juga dan kawal diorang supaya tak buat perkara yang tak betul di tempat yang tak sepatutnya.

Solat terawih kat tempat korang cam ne pula? Jomlah kongsi cerita...

Tuesday, July 9, 2013

اهلا وسهلا يا رمضان


Assalamualaikum....

Himpunan kata-kata Ustaz Azhar Idrus's photo.

Ramadhan datang lagi...
Alhamdulillah umur masih dipanjangkan untuk beramal, In Sha Allah
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik, lebih bererti, lebih beramal dari tahun-tahun sebelumnya
Aamiin

اهلا وسهلا يا رمضان

Wednesday, July 3, 2013

Jualan Gudang OK Baby

Assalammualaikum semua dan selamat pagi
Yer.. Jualan Gudang Ok Baby Kembali lagi
Tahun lepas tak dapat pergi
Harap-harap tahun ni bolehlah ber'shopping'
Apa ditunggu-tunggu lagi?
Jomlah kita serbu ke sana hari ini!!!






Ambil kat FB OK BABY

Apa ditunggu-tunggu lagi?
Jomlah kita serbu ke sana hari ini!!!

Siapa yang pergi tu nanti kita jumpalah kat sana yer...hehe

Friday, June 28, 2013

Alhamdulillah..hujannn

Assalammualaikum...Alhamdulillah, setelah kelemasan dengan asap lebih kurang seminggu gitu...akhirnya hujan turun juga di Puchong ni. Syukur sangat...adelah juga perkembangan...nampaklah juga perubahan kan.

Asap dan jerebu dah berkurangan skit demi sedikit.. Anak-anak pula cuti 2 hari, kebetulan memang ari Isnin adalah cuti peristiwa pun...diorang ada sukan hari Ahad tu. Tak taulah macam mana bersukannya. Berjerebu teruk Ahad tu, CiKema sefamili memang dok umah je. Anak pun xjoin sukan kan

Semalam hujan turun petang tu, memang suka sangat...betapa nikmatnya hujan tu kan. Malam dah tak rasa panas, bau asap pun berkurangan..jerebu pun dah mendak ke bumi.

IPU still unhealthy so Selasa pun cuti lagi. Bila hujan turun lagi...wahhh...syiok sangat...gembira benor rasa di hati bila mana Allah masih menyayangi kita..Dia kurniakan dan limpahkan nikmatNya lagi.

Hari Rabu dah bole gi sekolah...tapi kakak dapat headache since semalam...so mc hari ni. Lambat pula dia..maybe sebab jerebu le tu. dah gi klinik ambil ubat dah...moga2 cepat sembuh ye sayang ♥

Lepas ni, harap jerebu xde lagi...pergilah jauh2 yer...sekian..hehe

Monday, June 24, 2013

Jerebu ada di mana2

Assalammualaikum...
Skang berjerebu je kan. Fening dah kepala ni haaa.. Duk umah pun rasa tak sihat je. Mana tidaknye dalam rumah, dalam bilik pun ade terbau asap walaupun tak keluar rumah. Macam mana nak sihat nyer?

Dengar cerita punca Jerebu ni adalah kerana pembakaran yang berlaku kat Indon tu. Nak dapat baja semula jadi dengan cara mudah dan cepat. Maka dibakor je segala pokok-pokok atau tanah-tanah yang bersemak-samun tu dan juga tanaman-tanaman lama dan tua tu. Senang nak buat penanaman baru gitu. Wahhh...fikir senang dia je kan. Tak delah fikir kesihatan manusia dan rakyat serantau ni haa... Kijam betul.

Perkara ni tiap-tiap tahun berlaku. Ade je alasan diorang ni...konon-konon syarikat yang terbabit tu adalah syarikat-syarikat dari negara serantau juga. Apa daa... siapa punya negara ni? Macam tak reti nak kuatkuasakan undang-undang la pulak kan. Siapa yang patut ikut cakap siapa ni? Jangan kerana nak naikkan ekonomi negara...apa yang berlaku buat-buat tak nampak je. Ini sudah lebeyyy...

Kesihatan rakyat serantau ni macam mana yer? Kalau dah tak tau nak buat macam mana, mintalah bantuan. Ini masih lagi sombong. Menyusahkan saja.. Penyudahnya... ramai yang dok hidu asap dan juga gas beracun ni ha... Sabo ajelah kan.

Stress dah ni. Baru nak baik selsema..dapat pula sakit tekak dek kerana udara yang tidak sihat. Alangkan orang dewasa pun rasa sakit...inikan pula bayi dan kanak-kanak. Kerajaan Malaysia pun macam lambat je bertindak. Bila tah nak buat pembenihan awan tu? Takkan takde bajet dah... Habis kat kempen-kempen dan poster billboard tu ke? Hmmm...sedeyy2..

Ya Allah, kau tabahkan kami semua menghadapi ujianMu ini. Permudahkanlah usaha untuk mengatasi masalah jerebu ini agar kami semua kembali sihat. Aamiin

Friday, June 21, 2013

Rawatan Penyakit Kanser

Assalammualaikum
Ni CiKema nak berkongsi bersama. Jika ada di antara kita yang punya penyakit kanser, bolehlah kita amalkan. Sekadar usaha untuk menyembuhkan penyakit yang ada.



Ambil dari post FB Erna Fantasia

Jika ada kenalan atau keluarga yang menghidapi penyakit ni, kita boleh syorkan untuk cuba ayat-ayat dari Al-Quran. Setiap penyakit tu ada ubatnya kecuali mati. Semoga dapat memberi manfaat pada semua.

Dah Ganti Puasa?

Assalammualaikum... Dah ganti pose semua? Kalau dah ganti anda memang hebat. Tambah-tambah kalau ganti masa bulan Syawal. Bulan orang dok beraya sebulan gitu. Orang dok beraya, awak pula gigih berganti puasa kan. Settle ganti puasa, terus buat puasa sunat. Cayalah...

Bagi yang ganti sebelum bulan Muharram pun bagus juga. CiKema ade dengar Ustazah CiKema dolu2 cakap, kalau nak ganti eloklah sebelum tiba tahun hijrah yang baru. Macam azam juga lah kan...eloklah settlekan mana yang belum buat, barulah boleh buat azam yang baru... hehe
Ambil dari SINI


Semalam, CiKema nak puasa sunat...ala..sunat Syaaban...bulan Syaaban kan bulan Nabi Muhammad SAW...maka nak lah pahala di bulan yang mulia ini. Tapi apakan daya...lagi sejam lebih je nak berbuka...tup-tup...boleh pula kuar bendera merah kan. Nak buat macam mana...tak de rezeki...huhu...

Dah lama tak mai piyot sejak abis pantang masa lahirkan Farihah dolu..lagi sebulan nak setahun Farihah. Tiba-tiba pula kan. Maybe dah sampai masa la tu... memang tak mo bagi CiKema pose penuh tahun ni kan. Allah merancang sesuatu yang lebih baik yang kita tidak ketahui...

Apa yang penting? CiKema dah ganti abis puasa yang lalu. Alhamdulillah... Memang banyak bocor tahun lepas sebab masih baru melahirkan..lepas pantang pun tapi tak boleh puasa banyak...dapatlah 4 hari tahun lepas. Jadilah kan... So
nak menggantinya...haaa ambikkkk... 25 hari tu diaaa....

First time in my life, punya banyak nak kena ganti...kira CiKema ok skit dari orang yang memang kena ganti sebulan kan. Masa mak CiKema lahirkan CiKema dolu pun sama juga. So CiKema dah rasa apa yang mak CiKema lalui. Sian mak... terima kasih banyak-banyak atas pengorbanan mak. Love u so much..

Mana yang masih blom menggantikan puasa tu. Eloklah cepat2 ganti...ade tak sampai 20 hari je lagi ni. Kalau dah piyot kang..asyik bertangguh je kang...dah tak sempat plak nak ganti...maka kenalah denda ek. Bayarlah fidyah sekampit dua berat lepas puasa nanti. Tapi jangan lupa..puasa tu tetap kena ganti juga. Jadi bertambah-tambah pula dek kerana tak ganti tahun ni.
Ambil dari SINI

Please yer...Jangan malas-malas... Dalam setahun, kita kena puasa sebulan je...ade 11 bulan tak yah puasa. Takkan tu pun tak boleh kan. Malu kat anak-anak kecil yang boleh puasa sebulan tu. Diorang yang umur tak sekolah pun dah berpuasa sebulan kan...inikan kite yang tua banyak dari diorang tu, Haruuuu...

K..itu je sekian membebel petang ni. Selamat Ganti Puasa... :)

Wednesday, June 19, 2013

PERASAN TAK ?

RENUNGAN DIRI & BERSAMA~

PERASAN TAK?...
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan seangkatan dengannya...

Ambil gambar di SINI

PERASAN TAK?...
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...

PERASAN TAK?...
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK?...
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

Ambil dari SINI
PERASAN TAK?...
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK?...
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK?...
Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ambil dari SINI


Ya اللّه , insan yg membaca ini adalah insan yg soleh n solehah, kuat, sabar, pengasih & penyayang - maka sayangilah dia serta kasihilah dia, bantulah dia meningkatkan taraf kehidupannya, murahkan rezekinya, sihatkan tubuh badannya, jika dia melangkah, selamatkanlah dia, permudahkan & lancarkan segala pekerjaannya...

Artikel ni di ambil dari post FB Rian Haikal

Memang CiKema ade penuh perasaan dan perasan tentang artikel di atas. Huhu..itulah manusia penuh dengan cubaan, cabaran, dugaan dan ujian dari PenCIPTA iaitu Allah SWT. Kita sebagai Hamba kena berusaha untuk menjadi insan yang bertaqwa untuk menuju ke syurgaNYA. In Sha Allah... Aamiin

Friday, June 14, 2013

Kisah Ibu dan Bayinyaaa

Assalammualaikum...

Jumaat datang lagi...hari ni CiKema buka FB, tertengoklah video kat bawah ni kisah seorang Ibu yang sangat tabah dengan Bayinya yang sangat istimewa. Sila tengok dulu video ni yer



Sumber dari Ikhwah Syar'i, Gaul dan Islami

Sangat menyentuh perasaan kan. Bergonang ayor mata den ni haaa...sebagai seorang Ibu, dah tentulah macam-macam perasaan ada bila berkenaan dengan anak. Apatah lagi jika anak tu berlainan, tak cukup sifat dan tak sama seperti orang lain.

CiKema sangat salute, kagum dan hormat pada Ibu Christian ni. Dia insan terpilih yang Allah nak tunjukkan pada kita semua betapa Allah beri nikmat yang banyak pada kita apabila mendapat anak-anak yang cukup sempurna sifatnya. Tugas kita sebagai ibubapa adalah menambahbaikkan lagi dengan mendidik mereka perkara yang baik, akhlak yang mulia dan mengajar mereka pendidikan agama Allah yang satu.

Peringatan untuk CiKema sama. Sayangi anak tak kira baik, buruk, sempurna atau tidak cukup sifatnya. Anak tu amanah Allah. Maka jaga dan didiklah anak sebaik mungkin untuk ke syurga Allah. Semoga Anak2 kita menjadi anak2 yang soleh dan solehah...Aamiin

Tuesday, June 11, 2013

Tunggu punya tunggu...



Assalammualaikum...

Minggu lepas CiKema menunggu...tunggu...tertunggu-tunggu... hai bagai menunggu bulan jatuh ke riba, bagai menunggu buah yang tak mo jatuh gitu. Fenats... Lelah...Geram...Bengang... hai yaaa... macam-macam ado.

Menda yang CiKema tunggu tu takde lah mahal mana...tapi agak berang juga bila CiKema tanya, dia habaq nak mai esok...kita tunggu esoknya..tak sampai2..then call lagi...katanye akan hantar hari ni...tak ke mana-mana kan tanyanya... hai semalam ye la tak ke mana-mana...hari ni kot-kot datang kang tak de kat umah kena call juga kan... maka...tunggu lagi...sama juga...tak datang hantar pun.

Dari hari Rabu menunggu, Khamis pun tunggu...hari Jumaat baru kunjung tiba. Inilah dia si jali-jali... barang yang CiKema dok tunggu tu. Huhu...

dah siap tulis top urgent lagi nak hantar hari Rabu..tapi Jumaat baru dpt
 Kat dalam kotak tu menda ni je...hehe

Kak Firzanah bergaya ngan payung Nom Nom

Payung Nom Nom kan...dah bagitau tak mahal, tapi nak menyampai ke umah tu.. memang ambil masa lama lebih teruk dari DHL le pulak kan... DHL=Dua Hari Lambat tapi ni...lambat berapa hari? Nasib baik tak tumbuh janggut menunggu payung oren tu...hihi

Dalam kepahitan ade kemanisan, dalam kelambatan tu...rupa-rupanya ade hikmah. Hari Jumaat, hari yang diberkati..sampai sekali dengan hadiah yang CiKema menang ni...

Kamera segera klau direct translate kan...hehe
Alhamdulillah... Allah nak nguji kesabaran CiKema rupanya. Hadiah kamera tu dapat sekali. Ini cepat pulak, dari 7E dan Permanis hasil bercontest CiKema. 

ambil dari SINI
Kan...Allah gantikan kekecewaan itu dengan kegembiraan. Terus dapat 2 hadiah skali hari yang sama. Suka3...

Thursday, June 6, 2013

Safi Natural Cleanser


Assalammualaikum... Tetiba je kan buat promo. Hehe...ada makna ni. 
Facial Cleanser with Mangosteen Extract
Safi Pembersih Muka Baru perisa Manggis lagi


Pembersih Muka Safi  ni ade macam2 rupanya. Macam yang kat bawah ni antaranya...
Cucumber Extract Facial Cleanser
untuk megecilkan pori2 yang ado

dan juga yang ini

Anti-Acne Gamat Extract Facial Cleanser
untuk anti jerawat
Jadi, pilihlah yang mana anda suka. Janji sesuai dengan kulit anda.

Lama dah CiKema tak pakai or tak menggunakan pembersih muka ni. Nanti boleh try la yang mana satu dari Safi ni kan. Korang plak guna pembersih muka jenama apa?

Thursday, May 30, 2013

Emoticon di FB

 Assalammualaikum...

Saje nak letak. Kadang dah share2 kat FB, bila nak cari entah di mana dan tak jumpa le pulak kan. Maka buat le n3 tentang emoticon ini. Hihihi

 Kalau nak diikutkan banyak lagi. Tapi yang ni pun kadang-kadang guna. Maka jangan tamak haloba. Hahaha

Wednesday, May 29, 2013

Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


Assalammualaikum...

Wah tak sangka Ustaz Azhar Idrus ni... makin tua..makin menjadi gitu kan. UAI selamat bernikah satu lagi. Tahniah3...ini adalah isteri ke 3 UAI. Nampak macam muda lagi tu. Hehe kalau dah jodoh kan...


Di apit oleh Isteri2


ustaz-azhar-uai-kahwin-3
Sebelah sini pun isteri UAI juga.

Semoga perkahwinan UAI berkekalan hingga ke akhir hayat juga hingga ke syurga hendaknya. Aamin :)

Pada yang masih bujang tu...Moh kita usha3 apalah tip2 perkahwinan UAI ni yer. UAI dah 3... korang tu bila lagi? Hihi



13 Tips Perkahwinan Daripada Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11. KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber: Islam Itu Indah

Tuesday, May 28, 2013

Rahsia Memotong Kuku

Assalammualaikum

Dah potong kuku blom? Ha..jangan sebarang2 nak potong kuku tau. Kalau boleh nak potong tu biarlah ikut sunnah yang diajar oleh nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Insya Allah banyak keberkatan dan pahala yang kita akan perolehi. 

Gambar diambil dari SINI

Rahsia Memotong Kuku mengikut Sunah Rasulullah SAW.

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;

* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit

* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan

* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat

* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit

* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.

* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.

* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.

Update: Kite ikut hari yg di sunnahkan je kalau nak potong kuku, Hari Isnin, Khamis n Jumaat tau. Hari lain2 tu kurang2kanlah...tak tau sumber betul ke dak perkara di atas tu...so CiKema dah potong. Hehe yang baik kite jadi ikutan...yang buruk kite jauhkan. Selamat BERAMAL... :)

Monday, May 27, 2013

Kedai Ibu Aqmar

Assalammualaikum...

Sempena ulangtahun kelahiran anak sulung CiKema, buat julung-julung kalinya...aacece ayat cam gempak je kan... CiKema telah membuat page KEDAI IBU AQMAR untuk memulakan dan menjalankan perniagaan menjual pelbagai jenis produk yang 'NGETOP' n 'MELETOP' kat pasaran terutamanya di FB dan juga di alam maya ini.

Kenapa bagi nama Kedai Ibu Aqmar yer? Dah macam ala-ala Indon le pulak kan...tak de maknenye Indon or Cik Enon bagai. Kedai tu letak nama Ibu Aqmar pasal semua anak-anak CiKema panggil CiKema Ibu. Masing-masing anak-anak ade nama Aqmar tu kan. Maka terhasillah Kedai Ibu Aqmar atau singkatannya KIA. Unik tak? Akeke

Kedai Online untukjana pendapatan keluarga

Niat dihati adalah untuk menjana pendapatan keluarga. Daripada dok goyang kaki katenyeee... surirumah tak keje kan...katenyeee... eloklah berniaga apa yang patut untuk bantu suami. Itulah katenyeee yang menganggap surirumah tak buat keje apa-apa. Huhu

Diharap korang semua sudilah menge'LIKE' page KIA- KEDAI IBU AQMAR ni yer. Doakan juga Kedai Ibu Aqmar ni berjaya, maju, sukses dan mendapat sambutan HANGAT di pasaran n HOT gitu. Aamiin