Friday, February 26, 2010

Bertanya dan Tidak Mengandai.


Macam-macam nak tulis. Macam-macam nak cerita. Macam-macam bermain di kepala. Macam-macam juga perasaan bercampur aduk. Tapi satu yang setakat ni "top ten" dalam tengkorak aku ni adalah "Bertanyakan soalan yang betul dan tepat tanpa mengandaikan situasi". Kawan-kawan aku yang dah naik meluat pun ada layan topik ni.

Asalnya, 2 topik yang aku belajar sebelum ni, "Ask the right question" dan "Don't assume because assuming is the mother of all screw up"

Tapi, tiap kali aku tanya, susulan kepada soalan aku adalah, "Why you assume...bla bla bla" Aku pun ter "ehh" laa...keanehan. Aku semakin pelik, semakin hairan, semakin buntu. Tak pasal-pasal aku kena belajar cara-cara membina soalan, dulu masa sekolah tak belajar. Aku belajar membina ayat. Mungkin itu barangkali masalahnya. Haaa..."assuming" lagi. Menyalahkan Struktur Pendidikan. ;-p

Apa pun, mesti ada sebab 2 frasa ini tercipta. Maka, aku akan terus berusaha untuk memahami maksud tersirat, walaupun "kawan" aku kata, "kan derekk je statement tu, ape yg ko nak pikir lagik". Tapi sedarlah, wahai "kawan"ku, yang hakikatnya anda pun gagal juga, tak percaya? Review your question again!! That's all.

No comments:

Post a Comment