"Tiap-tiap umat mempunyai ajal, apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat mengundurkan barang sesaat pun dan tidak pula dapat mendahuluinya."
- Mengucapkan kalimah syahadah ketika hampir mati. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang akhirnya 'La Ila Ha Il Lallah' nescaya masuk syurga"
- Mati dalam keadaan percikan peluh di dahi. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Mati orang yang beriman itu dengan percikan peluh di dahi."
- Mati di malam Jumaat atau harinya , sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Tiada seorang Muslim yang mati pada hari Jumaat atau malamnya melainkan Allah pelihara akan dia dari fitnah kubur."
- Mati syahid di medan perang demi menegakkan agama Allah.
- Mati kerana sakit taun, sakit perut, ditenggelami air atau ditimpa kemalangan.
- Perempuan yang mati di dalam nifas dengan sebab melahirkan anak, seorang yang mati terbakar, mati kerana sakit paru-paru dan sakit cirit-birit.
- Orang yang mati kerana mempertahankan hartanya yang hendak dirampas.
- Mati kerana mempertahankan maruah, agama dan nyawa.
- Mati kerana bertugas di dalam perjuangan Islam.
- Mati ketika beramal soleh, yakni ketika melakukan amal ibadat seperti berpuasa, solat dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment