Rakyat didahulukan?
"Mula-mulanya satu jawatan itu merupakan tanggungjawab, bukan keistimewaan tapi oleh kerana sifat natural manusia itu sendiri, tanggungjawab sudah beransur kurang sebaliknya menjadi keistimewaan. Bukan kita hanya menyalahkan pemegang jawatan yang terpilih tetapi orang yang bertanggungjawab memilih mereka juga harus dipersalahkan, kerana sama-sama tidak jujur dan luhur dalam memainkan peranan masing-masing dalam masyarakatnya. Ya...begitulah soal kasih, soal mendapatkan pengaruh dan pelbagai soal kemanusiaan yang lain tetap wujud, sehinggalah sekarang ini semuanya sudah melampui garis-garis moral dan etika. Kadang-kadang sudah diketahui garis pemisah antara yang baik dengan buruk, yang jeliknya kalau pun masih ada manusia-manusia murni sekarang ini, mereka tidak mampu mengembalikan kemurnian kemanusiaan itu semula."
Jerebu - ms 226
Abdul Talib Mohd Hassan
Istana Negara baru: Isunya bukan derhaka kepada raja Hujah mudah para pelobi, kalau kos pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana, di Putrajaya, boleh mencapai RM800 juta dan apabila dicampur kos pengubahsuaian mencecah sehingga RM1 bilion, masakan kos pembinaan Istana Negara di bawah paras itu! |
No comments:
Post a Comment