Monday, July 30, 2012

Lagu Tema Hari Merdeka ke 55 | Janji Ditepati???


Bulan depan dah nak masuk Bulan Merdeka. Korang dah dengar lagu tema Hari Merdeka untuk tahun ni? Ni CiKema share kan... 


Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Apa pendapat korang? Suka tak? suka tak? tak boleh blah betul lirik lagu ni..tak de kena mengena ngan hari merdeka pun..tetiba je kedai 1malaysia...miahahaha

Siapalah yang buat lirik lagu tema ni ek???

Thursday, July 26, 2012

Bertudung Labuh

Sumber: Sys Ecig

Bulan Puasa ni bolehlah kite berhijrah ke arah yang lebih baik... Insya Allah. 

*CiKema..bilalah agaknye yer...

Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan 1433H

Rasanya masih blom terlambat untuk CiKema ucapkan 
Salam Ramadhan buat semua


Ramadhan 1433H kali ni CiKema tak dapat berpuasa cam Ramadhan sebelom2 ni
Dua minggu CiKema berpantang di rumah mak
Sorilah tak mention awal2 pada semua yang selama itu jugalah, 
blog ni CiKema dah siap2 buat n3 auto publish dari 4hb Julai hingga 18hb Julai aritu
(umah mak takde internet gitu)

Minggu ni dan sampailah habis pantang..
kira sampai raya jugalah CiKema kena pandai2 berpantang kat umah sendiri.
barulah boleh update dan buat n3 terbaru...
tu pun kena tengok gak le..almaklumlah bukan baby je nak kena jaga
Si Kakak, Abang ngan Adik pun dah buat Ibu pening kepala...hehe

Hai..tak kisah lah...anak2 tu penyeri dan rezeki kan
banyak nak cite sebenarya...
Macam2 ado selama 2 minggu tak berblog tu
Insya Allah akan CiKema ceritakan nanti.. :)

Selamat Berpuasa

Wednesday, July 18, 2012

Petua memperoleh Zuriat

CiKema tertarik dengan tajuk Usaha untuk Zuriat dan cuba mengambil sedikit petua ni dari blog Ummu Muhammad. Ini adalah khas buat pasangan suami isteri yang masih belum dan lambat mendapat zuriat. 

Sebenarnya nak bagi petua ni pada adik CiKema sendiri dan juga adik sepupu CiKema. Derang dah cuba macam2 cara tapi masih belum dikurniakan zuriat lagi. Mungkin petua dari Ummu Muhammad ni boleh membantu mereka. Juga pada mana2 pasangan yang dalam usaha mendapatkan zuriat.

Petuanya:

1. Suami isteri ambil kurma segenggam sorang. kurma dikisar bersama susu kambing..masing-masing pakat minum air tadi sama banyak..buat sekali je seumur hidup. 

(Ni macam senang je..tak lama lagi bulan puasa kan..kurma senang dapat kat mana2..cuma kena cari susu kambing ajelah...blend2 dah jadi cam air yogurt plak kan...tentu sedap kan...hehe)

 
Kurma

2. Minum susu kambing, makan kurma 7 biji setiap hari.

 
Susu Kambing

3. Amalkan membaca surah Maryam ayat 1-12 setiap hari.

 
Baca Al-Quran

Harap petua tu dapat membantu dengan izin Allah. Insya Allah... Tapi kalau nak baca lebih lanjut kenalah ke n3 Usaha untuk Zuriat dari Ummu Muhammad. Penerangannya lebih terperinci dan detail gitu. 

Selamat Mencuba.

Monday, July 16, 2012

Hari Ini dan Esok


Sumber: Sys Ecig

update
*thanks pada Cik Tom yang perasan pasan pic yg kosong..kosong..ooo
macam lagu Najwa Latiff la plak..hehe
CiKema sendiri tak tau nape kosong sudah..
masa buat n3 ni aritu ade je pic
La ni dah ilang la plak..maybe owner pic ni dah removed da pic kot
tak pelah...nanti CiKema cari balik..huhu


Thursday, July 12, 2012

Wahai Muslimah



Ni macam petua untuk muslimah semua untuk mencari bakal suami gitu.
Kita merancang tapi Allah jualah yang menentukan. 


Jom Melancong dengan HZtours

Wednesday, July 11, 2012

Rasulullah SAW | Manusia paling Romantik

 

Nabi kita Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling romantik untuk kita jadikan icon, tidak perlu tercari-cari lagi siapa dan bagaimana ciri lelaki yang dikatakan romantik tu .. 

 

baginda memanggil isteri dengan panggilan yang mesra ya' umairah (yang berpipi kemerah-merahan..) 
baginda suka meletakkan kepalanya di ribaan isteri 
baginda suka mandi bersama isteri 
baginda suka membawa balik buah tangan kepada isteri bila berpergian 
baginda minum dari cawan yang sama dan ditempat yang sama dimana mulut isteri diletakkan 
baginda suka bergurau senda dengan isteri (mewujudkan suasana yang gembira bersama isteri ) 
baginda menampal sendiri baju yang koyak tanpa menyuruh isteri 
 Sayiditina Aisyah r.a. menceritakan 'kalau baginda berada dirumah, baginda selalu membuat urusan rumahtangga' 


bila azan segera ke masjid dan cepat-cepat pula pulang ke rumah bersama isteri 
seringkali bila pulang tiada makanan yang siap dimasak, sambil tersenyum baginda meyingsing lengan baju dan membantu isteri di dapur (bukan komplen kenapa tak siap masak lagi) 
pernah pulang dalam keadaan lapar, tiada makanan yang dah di masak atau yang mentah, baginda terus berpuasa tanpa rasa marah dan kesal 
bila isteri sedang marah, baginda menegur & menasihat dgn lemah lemah lembut & berhemah 
baginda amat marah bila suami memukul isteri tidak kira apa alasannya dan berkata 'mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu!' 
baginda pernah bersabda 'Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dengan isterinya, kasih, lemah lembut dan sabar dengannya...' 
Kaum muslimin semua sepatutnya jadi contoh lelaki yang paling romantik, maka ikutlah cara nabi Muhammad s.a.w... 

Tuesday, July 10, 2012

Ayatul Ruqyah


Sebelum ni dah tau kan apa itu Ruqyah? Ini antara potongan ayat-ayat yang dibacakan sebagai doa untuk menyembuhkan atau mengubati sihir dan gangguan makhluk halus.

1. Al-Fatihah (surah 1 :ayat 1-7)
2. Al-Baqarah (surah 2: ayat 1-5)
3. Al-Baqarah (surah 2: ayat 102)
4. Al-Baqarah (surah 2: ayat 163-164)
5. Al-Baqarah (surah 2: ayat 255)
6. Al-Baqarah (surah 2: ayat 285-286)
7. Al-Imran (surah 3: ayat 18-19)
8. Al-A’Araf (surah 7 : ayat 54-56)
9. Al-A’Araf (surah 7 : ayat 117-122)
10. Yunus (surah 10 : ayat 81-82)
11. Taha (surah 20 : ayat 69)
12. Al-Mukminin ( surah 23 : ayat 115-118 )
13. As-Shaffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
14. Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-32 )
15. Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 33-36 )
16. Al-Hasyr ( surah 59 : ayat 21-24 )
17. Al-Jin ( surah 72 : ayat 1-9 )
18. Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 )
19. Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
20. An-Naas ( surah 114 : ayat 1-6 )


Jom Melancong dengan HZtours

Monday, July 9, 2012

Apa itu Ruqyah?

 

Ruqyah adalah himpunan potongan ayat daripada al-Quran yang menjadi doa khusus untuk mengubati sihir dan gangguan makhluk halus termasuk jin atau apa saja jenisnya dan ia dibenarkan dalam Islam.

Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak apa-apa ruqyah itu selama tidak mengandungi syirik. 

-riwayat Muslim 

Perhatikan selepas selesa:

1. Denyutan jantung makin kencang.
2. Badan bergegar.
3. Ada benda bergerak-gerak bawah kulit.
4. Mengantuk/menguap.
5. Batuk
6. Gelisah
7. Panas di tengkuk

Ruqyah mampu menyembuhkan penyakit misteri antaranya:

1. Fikiran runsing/jiwa gelisah/khayalan
2. Pembatal sihir (saka/santau)
3. Pagar rumah (pengusir jin dan syaitan)
4. Ketenangan rumah tangga
5. Anak-anak meragam/menangis tengah malam
6. Penambat kasih saying antara anak/ibubapa
7. Pendarahan berpanjagan bagi wanita (istihadah)
8. Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran

Sumber: Novel Menunggu Cinta Tuhan-Lily Haslina Nasir

Sunday, July 8, 2012

Ada lagi hadiah dah terima...


Ada lagi hadiah yang dah diterima dikemenangan yang lepas.

1. Handbag Caddy/holder dari BabyIbu

2. ni hadiah dari Ummi Iman

3. hadiah dari mialiana.com

Terima kasih banyak2 pada semua. syukur alhamdulillah...CiKema suka ngan hadiah2 tu semua.

Jom Melancong dengan HZtours

Friday, July 6, 2012

Cara untuk mengelak atau untuk kuatkan perisai supaya tidak terkena sihir




  • Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh Nabi saw antaranya zikir al-Mathurat.
  • Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
  • Sebut nama Allah setiap kali masuk ke tempat gelap.
  • Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
  • Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa, berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
  • Jangan buang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
  • Jangan membunuh ular yang masuk ke dalam rumah sewenang-wenangnya.
  • Jangan mendedahkan aurat kasar di dalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan.
  • Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
Sumber : Jom Menyerlah HM Tuah Iskandar Al-Haj

Jom Melancong dengan HZtours




Thursday, July 5, 2012

Saguhati Pada Zaman Dahulu | Astro Ceria

Ada lagi result yang dah kuar kat page Astro Ceria. Kali ni contest Pada Zaman Dahulu yang berjalan masa cuti sekolah tempoh hari. Macam biasa..CiKema akan buatkan untuk anak2 CiKema. Diorang pun memang suka dapat hadiah. Siap ari2 gak le suh masuk contest tu.

Senarai pemenang boleh jenguk kat bawah ni. Tahniah pada pemenang2 semua. Kena teka ngan buat slogan. CiKema ni lemah kepala lutut kalau buat2 slogan. So main hentam sajalah..hehe


Alhamdulillah..dalam ramai2 yang menang tu, adelah gak sangkut nama anak bujang CiKema. Syukur...si abang tambah2 lagi. Suka bangat dia... Dia selalu cakap kakak je dapat surat/parcel. Kali ni...nama dia dah tersenarai dalam pemenang saguhati. Syioklah..dapat gak hadiah atas nama abang. Hehe

Nama abang tu...

CiKema join je semua. Kalau ade tersenarai tu...Alhamdulillah lah kan..rezeki untuk anak2 juga. Next time kalau ade lagi contest montest kat Astro Ceria CiKema akan khabor buat semua. Join lah tau.. Manalah tau ade rezeki dan tuah korang kan. Kalau tak cuba mana nak dapat apa2... Sekurang-kurangnye cuba dulu..menang tak menang tu belakang cite. Doa2lah selalu ade rezeki dan tuah buat kite semua. Aminn

Astro Ceria - Untuk Kite Aje