Monday, July 30, 2012

Lagu Tema Hari Merdeka ke 55 | Janji Ditepati???


Bulan depan dah nak masuk Bulan Merdeka. Korang dah dengar lagu tema Hari Merdeka untuk tahun ni? Ni CiKema share kan... 


Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia

Apa pendapat korang? Suka tak? suka tak? tak boleh blah betul lirik lagu ni..tak de kena mengena ngan hari merdeka pun..tetiba je kedai 1malaysia...miahahaha

Siapalah yang buat lirik lagu tema ni ek???

9 comments:

  1. Rais Yatim yang buat lirik ni dik...cuba tengok kat you tube...macam ramai yang tak suka je dengan lagu ni...takde semangat patriotik langsung...memang takde kena mengena pun dengan kemerdekaan...lagi satu katanya diciplak dari Indo lagu ni..

    ReplyDelete
  2. hehe..tapi betul ke ni lagu utk hari merdeka? tak macam utk merdeka or tak macam lagu patriotik pun...kan baik bagi pada komposer/penulis lirik yg layak...hmmm

    ReplyDelete
  3. Salam Akma.Ni bukan lagu sambutan kemerdekaan...cam lagu Kempen jerrrr:D.

    Rancak bkn main lak tuh...

    ReplyDelete
  4. politik..dalam lagu merdeka pun nak berkempen..huhu..

    pape pun selamat menyambut merdeka dan salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  5. Betul Atie ckp mcm lagu berkempen aje.Sis klik semua tabung anak2 cik Ema.

    ReplyDelete
  6. ramai yg x suka lagu ni, konfem berbaur politik! btw, maaf yer, psl GA tu, even xmenang jaa nk ucap tq coz sudi join..

    ReplyDelete