Wednesday, July 4, 2012

Malam Nisfu Syaaban


Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1433 Hijrah) Jatuh ketika Masuknya Waktu Maghrib Pada Hari Rabu (mlm Khamis) 4 Julai 2012. 

Pada malam Nisfu Syaaban,amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu. 

Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam 15 Syaaban iaitu siangnya 14hb Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas malam Lailatul Qadar. 

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dlm sebuah Hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

"Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dengar Baginda berkata dalam sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada siksaanMu dan aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu & aku berlindung denganMu daripada kejahatan yang datang dariMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu sepertimana memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda selesai solat, Baginda berkata kpd Aisyah r.a. 

“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kpd hambanya pada malam Nisfu Syaaban & memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat (membuat amal makhruf & nafi munkar) & melambatkan rahmat & keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit & diganti dengan buku catatan yg baru. Catatan pertama yg akan dicatatkan dibuku yg baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)

Nabi s.a.w. menggalakkan umatnya unttk bangun malam & berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

Sumber : Chanteques
Selamat Beramal

1 comment:

  1. dh tak lama kan nak sambut bulan ramadhan :))
    weeeeeeeeee..tak sabarnye

    ReplyDelete