Thursday, January 3, 2013

Faris ke Sekolah

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap sihat2 la ye. Minggu ni memang CiKema sibuk skit. Kebetulan anak bujang CiKema si Faris masuk darjah 1 tahun ni. Semalam hantar ke sekolah bersama-sama en. Pejal. Kebetulan memang ramai parents yang hantar anak-anak ke sekolah semalam. Sesak memang sesak jadinya.

Keliru bila masing-masing nak letakkan anak kat kelas mana. Ini semua sebab ari orentasi Jumaat aritu, dah mengubah kedudukan kelas anak-anak tahun 1 ke kelas yang baru. Sape-sape anak dia yang ambil ujian untuk kedudukan kelas ari Jumaat lepas patut pahamlah bila kat notice board sekolah dah bertukar dari color putih ke kuning. kat situ pun dah mention kelas mana patut anak-anak tu ditempatkan.

Mungkin ada parents yang xtau pasal ujian Jumaat tu dah mula kelam kabut tetiba nak take part cikgu punya keje kan. tu pendapat CiKema la...sebab ada ibu bapa yang cakap kejap ikut kelas ari Jumaat tu..then ade juga yang cakap ikut senarai nama yang baru. Hai..yaaa....

CiKema?...ade kesah nak letak kat mana? yang penting dah ade senarai baru kat situ...so letak ajelah anak kat kelas yang baru. Nak pening-pening buat pe kan... Udah panjang lebar berleteq plak akak...hehe

Dah malas nak join bersidai kat depan kelas Faris, CiKema gi tengok si Kakaknya pula. Farhana memang dah tau kat kelas mana dia akan masuk, jadi tak delah kecoh-kecoh sangat kat depan kelas dia. Saje tengok..tu diaaa...dok belakang sekali Farhana. Tak kisah le..janji dia ade kerusi nak dok dalam kelas tu.

Okey...dua-dua anakku dah dok dalam kelas derang. Senang dah hati. Skang masalah nak bayar duit PIBG or apa yang patut kat cikgu pula. en. Pejal konon-konon nak pi tanya cikgu kelas la kan...hai...ade pula cikgu yang tetiba datang entah dari mana dok suruh mak ayah ni ke kantin sekolah. Pulak...

Photo: Berkobar-kobar!
Kakak n Abang siap dah nak ke sekolah ni
CiKema dah kena sebelum tu...tu yang pi ke kelas kakak. Bila kena kat en. Pejal pula...dia siap sound cikgu tu memang tak de nak bayar apa-apa ke? Then terus say Good Bye.. Bukan apa, ari pertama sekolah semalam tu...kalau boleh parents yang dapat bercuti nak le settlekan apa yang patut. Nak kena bayar ke apa. nak le juga tau...apa lagi nak kena buat..bukan saje nak datang mai sekolah dok tengok anak tu eh...Bukan saje-saje suka hati nak bercuti-cuti...dok gitu?

Hari-hari kot dah tengok derang. Cikgu ni macam tak paham pulak...dok halau-halau.... hai...sabo ajelah... CiKema kalau boleh nak menukar ejaan nama anak yang xbetul tu. Nak bagi duit untuk bayar tanda nama tu... penyudahnyaaaa...harap cikgu paham-paham ajelah bila CiKema letak duit banyak tu kat dalam fail anak tu. Itu pun tah paham ke idak. Mesej xsampai gak bila anak balik sekolah cikgu cakap duit tak cukup. Apa keheeeenyeee?

Budak darjah 1 apalah yang derang tau kan. Hari ni tak ke sekolah nak settle segala kemusykilan semalam. Firzanah demam. Sejak malam semalam sebenarnya. Demam dia kebah bila makan ubat. Ubat demam memang banyak kat umah, nak perabis dulu sebelum ke klinik nanti. Past tu...on balik bila time malam. So malam tadi badan dia memang hangat. Ibu dia ni tak senang hati.

Pagi tadi dah ke klinik sebab risau demam tak surut2 walaupun dah bagi ubat demam tu. Dapat ubat yang lebih kurang sama dengan yang ada kat umah. Hehe...tak pe, layankan je. Bagi gak ubat tu supaya baik demam tu. Harap cepat sembuhlah Firzanah ye. Ibu pulak rasa cam nak demam ni. Huhu

3 comments: