Tuesday, January 25, 2011

Preview Green Hornet | Memang Kelakor tak Hingat

Salam semua. Cik Kema dapat lagi jemputan dari Nuffnang. Kali ni untuk pratonton citer Green Hornet in 3D. tapi takdelah CK nengok citer tu dalam 3D pun. Maklumlah tiket free. So layankan ajelah.. dapat dari n3 ni If I Were the Green Hornet

Macam2 masalah yang timbul masa menerima jemputan ni. Terutamanya, sapelah yang nak menjaga anak2? Tiket free 2 je. Takkan nak bawa askar2 pegi berperang plak kan. so dengan pelbagai cara dan alternatif rock akhirnya, dapat juga menonton bersama Cik Pejal. Thanks Mak Tam @ my lovely little sis sebab tolong jagakan bebudak nakal tu. 

2 tiket pree itu

Masa nak p Mid Valley dahlah hujan. Hujan rahmat..sebab dapat tiket free... Tapi blum pun jam 8mlm, ramai dah yang beratur. Adeh..melepas hadiah2 sampingan. Tak merasa t-shirt free..huhu. agaknya disebabkan ada hadiah tulah ramai yang datang awal. Tapi CK rasa ade gak yg tak redeem tiket tu. Rugi betul..Cite best tu...next time, ajak je kawan2 datang. boleh gak tengok movie free. Bodek je Nuffnang staff kat situ... hehe

ramai dh yg sampai dulu

Wokey, bila nak cite pasal Green Hornet nih? Akeke... cite skit2 jelah ek. Maklumlah cite tu akan ditayangkan 27 Jan nnt. Jom pakat ramai2 tengok. tak semestinya dalam 3D, CK rasa yang biasa pun dah membuatkan anda ketawa tak hingat dunia...ni kisah benar ok. Dah terjadi pada kiteorang. Pada Nuffnanger yang dok nengok cite ni semalam.

kami kat dlm panggung


sebelum tayangan 


Citernye pasal mamat nama Britt Reid, sorang anak tokei surat kabo yang tiba2 bapak dia mati secara misterinya. Alah pada hornet...Secawan kopi cappuccino yang kebiasaannya dia minum setiap pagi berubah citarasa dan bermula dari situlah perkenalan dia dengan Kato yang sangat genius. Kato ni ada macam2 skill. Memang tak sangkalah dia boleh buat macam2. Dia layankan jelah si Britt yang ala2 bodoh alang dan agak loser gak ni. Dia pun syiok dengan kegiatan menjadi wira ni. 

Green Hornet

Britt gunakan surat kabo dia untuk menglamerkan diri tapi semua orang tak taulah yang dia tu Green Hornet. Lagipun, bukannyer hebat sangat pun. Sampailah si gangster ChudNufSky ni rasa tercabar. Business pun dah mula down. Bengang giler dia ngan Green Hornet. Ha masa nilah macam2 aksi kejar mengejar, tembak-menembak..letup-letup...kebabooomm... berlaku...Hehe...

Kalau korang nak tau citer ni best ke tak. Jangan lupa untuk tayangan perdananya pada 27 Jan nnt. Dari 5 star CK bagi 4 star lah untuk filem ni. Memang syiok, dan rasanya filem ni sesuai untuk ditonton oleh semua golongan. Lagipun scene ganaz2 takdelah banyak mana pun. Kelakor je yang lebih..hingga tak kering gusi. Gelak sampai terlupa orang sebelah...Miahahaha..sonok2...


Selamat Menonton.


CK: kalau ade kat Astro First, boleh gak layan lagi...tengok ngan anak2 pun best.

2 comments:

  1. Cik Kema pun ada yer semalam...DeQdEq ada juga...sampai sana lagi 10 min nak kul 9...heheheheh

    ReplyDelete
  2. Hujan semalam kan, haruslah datang terlambat. sib dpt tiket free kan..hehe :)

    ReplyDelete