Tuesday, April 5, 2011

Contest Kisah dan Lagu


join
tarikh tutup 6 Apr 2011
hadiah?? masyuukkk tuh.. RM50 dan ke atas. meh le join ramai2.. rugilah kalau tak join.


bermulalah kisahnya...
sebelum ni dah pernah ade yang wat contest cengini, tapi masa tu CiKema tak teringat plak yang En. Pejal ade bagi lagu yang sangat-sangat membuatkan CiKema berjurai-jurai ayor mata pabila membaca warkah tulisan tangannye sebanyak 5-6 muka surat tu. pandai ngayat En. Pejal time skolah2 dulu tu.. jangan tak tau..BM karangan A tu, eksen betul..huh!!..


mana tah surat tu...setau dan seingat CiKema, dah diposkan balik pada En. Pejal. ke.. tak taulah mana letak. maklumlah keciwa bangat. so malas nak hingat kan..


dan lagu nyer...


Izin Ku Berundur

Artist: Slam
Sudah hukum dunia
Dalam memilih langkah
Ada kala perit ada jua sebaliknya
Satu masa bersama
Tiba tika berpisah
Walau hati kita tak sepenuh rela

> Pertama kali CiKema jumpa En. Pejal, CiKema dah jatuh cintan. Dari situlah, mula-mula nak bercinton. Tak sangka, En. Pejal pun terima CiKema. bila dia balik KL time cuti sekolah, konon2 nak berdating gitu..boleh plak dia bagitau yang cintanya kat sekolah diterima oleh N, so kiteorang terpaksa berpisahlah kan..<

Bukannya ku sengaja
Timbulkan masalah
Tapi kehendaknya
Ku turut kaki melangkah
Kerna ada waktunya
Diri dapat beralah
Dan ada detiknya
Aku tak berdaya

>macam tak caye je rase, hati sangat berbunga2 tup..tup dia bgtau pasal N. Menci tul time tu..sedey..bengang..rasa cam bodoh pun ade gak..terasa dipermainkan..remuk redam bagai ditusuk sembilu...semua dalam 1, bercampur aduk..berbaur-baur.<

Walau ditakdir tak dapat lagi bersama
Namun kenangan terus membara... di lubuk jiwa
Kerna tak pernah diri ini disakiti
Malah kau akan pastikan aku... tak tersisih

> tulah masa tu tak abis sekolah pun, nak amik SPM lak tu..CiKema tak dela terbawa2 perasaan sangat kot. tak mo kantoi peksa laaa kan...boleh lak tu siap bagi surat macam2..then bagi kertas peksa..tukar2 soalan gitu. hehe <

Oh... cuma jodoh kita tiada
Kerna aku perlu memikirkan
Mana aku, mana engkau
Tapi ku yakin kau tetap bersinar
Walau tak seiring seperti mana
Yang telah kita lewati

>terima jelahkan..dah dia minat kat N, takkanlah kita nak paksa2 plak soh jadi pakwe kita gak.. :P <

Aku terpaksa memilih cuma satu jalan
Biar keadaan sama ku sayang
Terkilanya hati namun apa daya
Itu hakikatnya
Izinku berundur... yeah

>En. Pejal dah pilih si dia. N la kan..tu yang dok minta undur diri tuh..tak mo komitmen banyak2..lagipun dia rasa masa tu N yang terbaik untuk dia. N ni budak sekolah agama. so sangat solehah dan sesuailah untuk dijadikan pasangan. maklumlah CiKema time tu, agak jenis remaja bermasalah skit. skit je ek..takdolah terlibat ngan gejala2 tak sihat pun..cuma suka kuar je. tak retilah nak dok diam kat umah <

Namun apa ku pinta
Agar di hati tak akan menyimpan
Dendam dan benci

> En. Pejal kasi lagu ni supaya kami tidak saling membenci, biarlah kami berkawan walaupun tak berkasih. tapi dalam hati CiKema tetap gak rasa sayang..tak pernah berhenti berharap agar En. Pejal terima CiKema seadanya. Kami tetap gak berkawan cam biasa. Sebab utamanya CiKema suka sangat2 kat En. Pejal. Pengakuan berani ni..memang i love him so much, walaupun dah couple ngan orang lain, tapi dia gak yang terbaik..mungkin dia mengayat baaiikkk kot..akekeke <

Maaf, maafkanlah aku
Jauh di hatiku
Kau bukan seteru
Panjang umur kan bersama tapi berbeza
Yang pentingnya kita dapat
Sama-sama mencapai cita-cita hidup kita

> kalau dah jodoh kan, walaupun dah 6 tahun En. Pejal ngan N berkasihan akhirnya perhubungan mereka  putus di tengah jalan. tu pun N tetap salahkan CiKema kerana perhubungan mereka putus. Sabo ajelah.<
tulah citer masa umur 16 tahun sampai abis belajar. 
14 tahun yg lalu punya lagu da...lama kan..tapi bila dengar je lagu tu, tetap gak teringat kisah2 dolu2 tu.. macam2 dugaan kan..


kami sekeluarga


Alhamdulillah...la ni kami dah kahwin pun dan dah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang macam2 ado punya kerenah... 
Syukur.. Moga2 perkahwinan yang kami bina atas dasar cinta kali kedua ni, berkekalan hingga ke syurga. Doakanlah kami bahagia hingga akhir hayat kami. Amin


si N pun dah bahagia. selalu gak CiKema jadi stalker kat FB dia. takde keje kan.. CiKema nak berkawan ngan dia, tapi dia tak mo langsung dah kawan ngan CiKema tau. dia anggap CiKema perampas.. dan memusnahkan kebahagiaan dia dengan En. Pejal. hmmm... Namun begitu, CiKema tetap doakan dia bahagia bersama insan2 yang tersayang.


CiKema percaya, semua yang berlaku ada hikmahnyer kerana Allah merancang perjalanan hidup yang lebih baik untuk kita. so tak perlulah keciwa bangat or marah2 sangat. Sentiasalah bermaaf2an sesama manusia. Don't act like God. Semua tu kerja yang Maha Esa. Dia yang tahu siapa yang lebih sesuai untuk jodoh kita kan... kan..


panjang lebor kisah dan lagu ni.. Miahahaha..macam nak luahkan perasaan pun ade gak kan..itu jelah kot. nanti naik muak plak nak baca.


sekian

habis siaran dah..

2 comments:

  1. wahh saye tahu lagu ni...suke sgt layan mase form 5 dulu..kreatif ye kamu? :)

    ReplyDelete
  2. ye ke? saya klau ikutkan tak tau pun lagu ni..dah orang bagi kan..trus melekat sampai skang hingat..kenangan tu..

    jangan le puji lebih2 ek..malu saye..akeke..thanks sudi jengah sini.

    ReplyDelete