Friday, November 12, 2010

Rudita Mari Menari | Statement apakah itu?

sentap juga bila baca pasal Puan Rudita kat blog-blog
1. mak budak>> Peserta Mari Menari Dita : Saya Buka Tudung Atas Kerelaan Hati!
2. oh bulan >> “Buka Tudung Atas Kerelaan Hati” – Dita Mari Menari
3. murai>> Dita: Saya Buka Tudung Atas Kerelaan Hati!

Apakah? so kenalah terjah dulu link2 kat atas tu. nilah antara statementnye. credit to murai



"Sebenarnya, saya memang seorang wanita yang bertudung. Terus-terang, saya buka tudung pun atas kerelaan saya sendiri tanpa ada paksaan atau hasutan dari sesiapa.

"Masa saya pergi ke uji bakat, saya masih lagi bertudung. Kemudian selepas kami dipanggil untuk interview, saya dengan tegas telah bertanya kepada pihak produksi tentang risiko yang bakal dihadapi nanti.
"Saya telah berkata kepada mereka bahawa saya ni agak dikenali memandangkan saya juga pernah muncul dalam program terbitan Astro seperti Tangkap Muat, Glamor Raya dan Macam-Macam Aznil. Saya juga pernah berlakon di samping arwah Din Beramboi.
"Pun begitu, selepas berbincang dengan suami dan kerana tidak mahu mengecewakan hasrat anak yang mahu kami beraksi dalam MM , saya pun telah bersetuju untuk buka tudung," kata Dita. yang mudah mengalirkan air mata.
Jawabnya lagi, dia tidak kisah apa orang nak nilai dan kata tentang dirinya. Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi.
"Saya bukan nak riak atau nak cakap saya ni baik. Hakikatnya, orang yang tak tinggal solat 5 waktu pun belum sah dapat masuk syurga. Sesungguhnya bagi saya, siapalah kita sebagai manusia biasa untuk menghukum atau menilai seseorang berdasarkan luaran saja.
"Apapun, kami masuk MM bukannya nak menang semata. Cukuplah sekadar dapat menunaikan impian anak kami yang mahu melihat ibu bapa mereka masuk TV," ujar Dita.
Menyokong pendapat isterinya itu, Faidzal yang bertugas sebagai bodyguard VVIP mengambil jalan selamat dengan mendiamkan diri. Dia hanya memberi laluan kepada isterinya untuk menjernihkan segala tohmahan yang dilontarkan pada dirinya.

"Hal bertudung ini susah nak dibahaskan. Semua terletak atas individu itu sendiri. Saya sebenarnya tak tahu nak cakap apatah lagi mengulasnya dengan lebih terperinci. Namun,saya hanya boleh kategori apa yang dilakukan isteri saya ini adalah pengorbanan dari seorang ibu untuk anak-anak," katanya.
Menyambung penjelasan ini, Dita menegaskan bahawa selepas ini dia akan kembali bertudung seperti biasa.
"Saya akan berimej seperti dulu. Saya buka tudung pun kerana masuk pertandingan sahaja. Sejujurnya, mak mentua saya seorang yang alim. Dia tak ada pula marah dengan tindakan saya," ujar Dita.

akma : Apa pendapat korang? kalau anda adalah suami, anak n mak mertua Puan Rudita. patutkah biarkan akak kita tu jadi begitu? Sape yang harus dipersalahkan? atau tiada yang bersalah dalam perkara ini. tiada sape yang berhak menyatakan samada betul atau salah?fikir2kanlah... lagipun memang kita tak tahu pengakhiran hidup kita bagaimana. haruslah kita sentiasa berdoa, moga2 kita berakhir dengan husnul khatimah. Insya Allah. Amin.

4 comments:

  1. benda mcm nie wat main2... cari glamour jer lebih...

    ReplyDelete
  2. mak aih...huhu...no komen...(harapnye kita semua dijauhkan dari perilaku mcm ni)

    ReplyDelete
  3. 'Malah, dia mendakwa orang bertudung tidak semestinya mempunyai perilaku yang baik hati budi' ayat cliche. org yg bertudung sekurang2nya salah satu tuntutan wajib die dh penuhi. perilakunya tu belakang cite bbanding org yg tak bertudung. secara terang die dh berdosa. Allah tak kata pakai la tudung/tutup aurat bila anda dh dpt hidayah, Allah dh nyatakan secara terang dn jelas WAJIB bertudung/mentutup aurat.

    ReplyDelete