Monday, July 2, 2012

Ibu luluh anak terkorban

Korang ade terbaca tak kat Kosmo Khamis lepas berkenaan seorang warganegara Pakistan yang mati jatuh dari tingkat 21 kondominium bersama anak2nye tempoh ari? Siap letak kat front page lagi... Kalau tak sempat boleh baca kat bawah ni...

TINGGAL kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) bergambar bersama saudara-mara mereka.

SERDANG - Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.
Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.
Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.
Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.
Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu.
Sebenarnya Sharizuraidah aka Shery tu adalah salah seorang kawan sekolah en. Pejal. Bukanlah kenalan rapat tapi satu sekolahlah juga masa kat Cheras dolu. Kesian kan dia... tak tau lah kenapa suami dia sanggup buat macam tu...

Mengikut cerita dari en. Pejal ngan beberapa kawan derang yang lain...Suami si Shery tu dah 3 tahun menganggur...dan derang dalam proses penceraian. Agaknye mungkin disebabkan terlalu kecewa tulah yang membuatkan suami dia tertekan dan bertindak nekad macam tu. 

Hmmm...bagi CiKema...tak patutlah kan..kot ye pun kecewa..janganlah sampai anak2 jadi mangsa. Si suami tu bukan je dah dikategorikan membunuh diri malah membunuh anak2nya sekali. Waallahualam... Boleh baca kat n3 jangan bunuh diri ni, ada dalam al-Quran & Hadis lagi. Berapa banyak dosa pula dia nak tanggung tu? Membunuh  lagi...hai bertimpa2...

Sebelum ni, suami dia pernah dikatakan membawa anak2 ke tingkat yang sama. Dan laporan polis juga dah dibuat..tapi tak taulah cite tu betul ke tak...Kalau betullah, dah lama anak2 derang tu patut dijauhkan dari bapa mereka kan...Sedih bila dikenangkan, perkara tu patutnya dapat dielakkan. Tak boleh bayang kalau terjadi pada CiKema sendiri...Nauzubillah lagi skali...huhu

Semoga kejadian ini menjadi iktibar buat kita semua. Selalulah kita ingat pada Allah SWT..Insya Allah... Allah akan selalu ingat pada kita. Betul tak?

4 comments:

  1. Kesian dengan Sheri.. Sekelip mata je anak-anak dia "hilang" terus.. Tak rapat pun dengan Sheri time sekolah dulu.. Tapi pernah la bertegur sapa.. Tak sangka pulak begini bahagian dia.. Bahagian kita belum tentu.. Semoga kita semua senantiasa berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang NYA.. InsyaAllah.. Aameenn...

    ReplyDelete
  2. nauzubillah .....comel-comel anak nya

    ReplyDelete
  3. Ya Allah kesian dgn anak2 tu...insyaallah mereka pasti menjadi bidadari syurga..

    ReplyDelete
  4. Insya Allah..anak2 dia akan tolong dia kat syurga nnt. Aminnn

    ReplyDelete